https://lh4.googleusercontent.com/-oFdUDrGTn1Q/Ti2vbDwCZqI/AAAAAAAAAPo/AEZnKl6YQRo/favicon.jpg

Monday, July 11, 2011

Sultan Selangor Merasmikan Pameran Pedang Rasulullah SAW dan Sahabat


SHAH ALAM 9 Julai - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Pameran Pedang Rasulullah dan Sahabat di Kompleks Taman Seni Islam di sini hari ini.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan meluangkan masa melawat galeri pameran yang menempatkan replika pedang milik Rasulullah antaranya pedang Al-Ma'tsur, Al-Qadib, Al-Battar serta replika kediaman Nabi Muhammad SAW serta pameran naskhah kesenian al-Quran lama dan baru. (...)

Pameran yang dianjurkan oleh Yayasan Restu bermula semalam hingga 8 Ogos ini diadakan bagi memberi peluang kepada seluruh masyarakat menghayati warisan sejarah, kesenian dan kegemilangan tamadun Islam bermula dari zaman Rasulullah, para sahabat sehingga kepada perkembangan Islam di era moden ini.
Turut mengiringi baginda ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid serta Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa.
Pameran tersebut diadakan sempena Festival al-Quran dan Kesenian Islam anjuran yayasan itu yang bermula semalam.
Pada masa sama, pameran tersebut menyediakan pelbagai artifak seperti selipar, tongkat dan tapak kaki Rasulullah serta tongkat yang pernah digunakan oleh Nabi Musa.
Pameran tersebut dibuka kepada orang ramai bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
*ehsan dari Utusan Malaysia

 









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...